Wednesday, November 25, 2009

GAMBAR SEMPENA PENYERAHAN BANTUAN KEMANUSIAAN DARI JAKIM


Gambar gambar ini diambil penulis sendiri semasa program sedang berlangsung, hujan renyai turun pada pagi jumaat yang mulia ini. TERIMA KASIH UNTUK JAKIM DAN PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP.

Friday, November 20, 2009

Siswa disiasat kes kepala babi di surau


Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 09
1:08pm
dikemaskini Pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kuliah, ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.

Muhammad Saufi Jelani, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang berhubung insiden 24 Jun lalu, juga disiasat berkaitan kejadian meletakkan kepala khinzir di surau Akademi Pengajian Islam (API) universiti, Januari lalu.

Polis membawa pelajar pengajian Islam itu ke kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini untuk mendapatkan perintah tahan reman sehingga tengah hari esok, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin kepada Malaysiakini.


Muhammad Saufi ditahan di bangunan peperiksaan UM kira-kira jam 10.30 pagi semalam, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Pada 16 Januari lalu, kepala babi yang dibelah dua ditemui diletakkan di atas bendera PAS di dalam surau tersebut sewaktu kampus tersebut sedang sibuk menghadapi pilihan raya kampus.



Kepala haiwan itu ditemui oleh seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut untuk menunaikan solat Subuh.

Polis asalnya menjejaki suspek berhubung siasatan kes awal, contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Dihubungi hari ini, Mohd Radzlan berkata anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan seperti empat rakannya berhubung insiden contengan dan simbahan petrol.

Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25, manakala Seksyen 436 pula kesalahan khianat dengan api dengan niat merosakkan harta benda.

Peguam itu berkata, beliau hanya mengetahui anak guamnya akan dibawa ke mahkamah pada pagi ini, setelah dihubungi seorang rakan Muhammad Saufi.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui bahawa polis ingin menyambung reman pelajar itu bagi menyiasatnya berhubung kes kepala khinzir.

"Saya dapat tahu, apabila dibaca di hadapan majistret bahawa polis juga nak siasat berhubung kepada khinzir yang diletakkan di surau itu," katanya.

Ekoran itu, kata Mohd Radzlan, polis memohon tahanan reman selama empat hari di hadapan majistret.

Bagaimanapun, beliau membantah kerana anak guamnya seorang pelajar universiti yang boleh dipastikan kehadirannya untuk siasatan lanjut


-informasi dari Malaysiakini

TERIMA KASIH JAKIM DAN PEGAWAI DAERAH PADANG TERAP

Hari ini pukul 9 am bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, semua penduduk daerah padang terap yang terlibat dengan banjir yang menimpa 2 minggu yang lalu hadir atas jemputan untuk menerima bantuan daripada JAKIM. Beruntung sekali penduduk daerah ini yang semuanya 5 mukim yang terlibat. Hadir sama pada hari ini YB NASIR ZAKARIA (ahli parlimen Padang Terap, YB Dato' Seri Utama Mahdzir Khalid (Adun Pedu) dan YB Dato. Syed Sobri Syed Hashim (Adun Kuala Nerang). Yang paling best sekali apabila ada yang sebelum ni sembang besar masa banjir kelam kabut buat kerja tunjuk baik nak jaga mukim kononnya. Adoiyaiiiiiii...tapi yang penting di sini tiada perbezaan politik apabila bencana berlaku dan saya teringat kata-kata YB Nasir hujan tak turun di rumah orang parti tertentu saja dan juga bah juga tak kena rumah orang parti tertentu saja..semua kenaaaa.....

Berbalik kepada bantuan dari JAKIM, terima kasih diucapkan kerana sudi menghulurkan bantuan kepada penduduk Padang Terap, semoga Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa baik semua staff JAKIM. Kepada Pegawai Daerah Padang Terap juga terima kasih diucapkan atas kerja keras yang tuan telah buat.

Hari ini setiap penduduk yang terlibat menerima wang RM150, beras 2 x 5kg, gula 2 x 1kg, tepung 2 x ikg, susu 2tin, milo 1kg dan susu dutch lady 1kg. Ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat di Padang Terap yang rata-rata terdiri dari penoreh getah. Tambahan dengan hujan hampir setiap hari, pemberian ini amat bermakna sekali untuk mereka..

Gambar sempena pemberian bantuan dari JAKIM akan menyusul. Lupa bawak balik kabel pulakkkk.....

Thursday, November 19, 2009

JADI JADI LA PEMIMPIN YANG LAMA TU

Pemimpin veteran di peringkat bahagian digesa supaya memberi peluang kepada pemimpin muda, memegang jawatan utama seperti setiausaha perhubungan, ketua penerangan atau ahli jawatankuasa bahagian.

Gesaan itu dibuat oleh Pemuda Umno bahagian Padang Terap supaya tiada lagi berlaku tindakan sesetangah pemimpin veteran monopoli jawatan utama di bahagian .sehingga mengakibatkan anak-anak muda beralih kepada Pakatan Rakyat.

"Ruang dan peluang kurang diberikan kepada anak-anak muda untuk memimpin Umno di peringkat bahagian," kat kata Ketua Pemuda Padang Terap, Badrul Hisham Hashim.

"Masih terdapat pemimpin veteran dalam Umno yang monopoli di bahagian menyebabkan anak-anak muda beralih arah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Walaupun penggal pemilihan Umno telah berlalu, umumnya semua bahagian di Kedah hanya diwakili oleh kira-kira 20 peratus pemimpin muda.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar jumlahnya ditambah menjadi 40 peratus, termasuk dari kalangan pemimpin Wanita dan Puteri Umno.

Badrul juga mencadangkan agar pemimpin muda yang berkelayakan, diberi peluang mengetuai biro-biro yang diwujudkan di peringkat bahagian.
Veteran monopoli jawatan

Ditanya mengenai peluang langsung untuk pemimpin muda memegang jawatan di peringkat bahagian, beliau mengakui peluang dan ruang ada tetapi "terlalu sedikit".

"Saya minta pucuk pimpinan Pemuda dan pimpinan tertinggi melihat perkara ini dengan lebih serius agar pemimpin muda terbabit sama dalam penggubalan dasar parti, dan menjadi penghubung dengan anak muda akar umbi di peringkat bahagian," katanya.

Menurut Badrul, di bahagiannya, hanya 30 peratus atau enam orang pemimpin muda yang mengganggotai kepimpinan di peringkat bahagian.

Ditanya mengapa pemimpin veteran enggan memberi peluang kepada pemimpin muda, Badrul Hisham berkata, ia mungkin disebabkan mereka "sayang kepada jawatan yang dipegang dan tidak yakin dengan Pemuda" untuk memimpin bahagian.

Katanya, pekembangan politik semasa, umumnya anak muda mahukan perubahan yang mahukan pemimpin bahagian dipilih dari kalangan Pemuda.

"Trend anak muda sekarang mahukan perubahan, mereka nakkan orang muda memimpin bahagian. Ada pemimpin yang empat, lima penggal atau 20, 30 tahun masih nak lagi pimpin bahagian.

"Politik sekarang nakkan perubahan, jadi kita kena bertindak dan menangani masalah mengikut peredaran masa," katanya.
'Kena ikut keadaan'

Badrul berpendapat, 50 hingga 60 peratus kemenangan Umno dalam pilihanraya akan datang akan ditentukan oleh faktor calon yang lebih muda dan selebihnya bergantung kepada kekuatan jentera parti.

"Dulu orang tak kisah, letak calon bendera dacing, orang sokong. Sekarang tak boleh. Kena ambil kira latar belakang calon juga. Kena berubah mengikut keadaan," katanya.

Ditanya mengenai halatuju yang dibawanya untuk mengukuhkan Pemuda Padang Terap bagi membantu merampas semula Kedah daripada Pakatan, Badrul berkata, pemuda Umno harus menghayati prinsip perjuangan parti untuk membela bangsa, agama dan negara.

"Kita kena yakin bahawa Umno menjadi wadah untuk berjuang dan meneruskan kesinambungan dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Kita mesti ubah pendekatan kita, dan saya nak pemimpin semua peringkat agar turun ke bawah dan tidak duduk di atas sahaja. Nanti rakyat rasa kecewa.

"Pemimpin Umno bahagian dan cawangan kena ada pendekatan untuk turun ke bawah menyelami perasaan dan kehendak anak muda serta menerangkan perjuangan dan kefahaman tentang Umno," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pucuk pimpinan peringkat bahagian, negeri dan pusat akur bahawa pengundi muda kini amat penting dan oleh itu mereka harus diberi perhatian dan keutamaan.
Hutang: Keperluan atau pelengkap
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
BERHUTANG memang seronok dan mudah untuk melakukannya tetapi jika ia tidak dilakukan dengan cara yang betul kesannya boleh membawa derita sepanjang hidup.

Tidak dinafikan ada keadaan tertentu berhutang adalah suatu keperluan, namun yang peliknya ada yang suka berhutang walaupun tidak mempunyai sebarang keperluan.

Tabiat suka berhutang ini barangkali dapat digambarkan menerusi satu laporan www.sabahdaily.com, bahawa perangkaan Bank Negara menunjukkan sebanyak 11 juta kad kredit digunakan di seluruh negara sehingga April 2009 membabitkan had RM105.5 bilion dan dengan purata empat kad seorang, baki tertunggak belum dijelaskan setakat April lalu ialah RM22 bilion.

Maka tidak hairanlah seperti yang dilaporkan bahawa jumlah pemegang kad kredit yang muflis semakin meningkat saban tahun.

Tabiat suka berhutang kerana ingin memenuhi kehendak atau keinginan atau tanpa ada sebarang keperluan adalah satu tabiat yang buruk dalam berhutang dan tabiat ini perlu dibendung.

Berlandaskan dalil-dalil daripada hadis Rasulullah, aktiviti berhutang ini walaupun dibenarkan oleh Islam namun ia adalah suatu aktiviti yang tidak digalakkan. Di antara ayat al-Quran yang paling panjang berkenaan dengan hutang adalah ayat 282 surah al-Baqarah yang menggambarkan amalan hutang ini adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Hutang jika tidak diurus dengan baik mungkin enaknya sementara tetapi yang pasti akan menjadi malapetaka di akhirat sebagaimana yang boleh kita fahami daripada ingatan-ingatan Rasulullah SAW berikut.

Nabi SAW bersabda ertinya: Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia). (riwayat Muslim).

Lebih dahsyat lagi apabila ada di kalangan yang berhutang itu awal-awal lagi memasang niat tidak mahu membayar balik hutang berkenaan.

Sabda Nabi SAW, ertinya: Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya. (riwayat al-Bukhari).

Rasulullah juga selalu berdoa berlindung daripada tabiat buruk dalam berhutang kerana dari tabiat suka berhutang ini akan membawa kepada sifat-sifat tercela yang lain.

Sabda Baginda ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada perbuatan dosa dan mempunyai bebanan hutang. Apabila ditanya kenapa baginda banyak memohon perlindungan kepada Allah dari mempunyai bebanan hutang, Baginda bersabda: "Sesungguhnya seseorang itu jika mempunyai hutang, maka kalau ia berbicara tentu ia suka berdusta dan jika ia berjanji tentu ia tidak menepatinya". (riwayat Bukhari)

Islam memberi amaran supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada kepada tabiat berhutang ini kerana jika tidak dikawal ia boleh memberi kesan yang buruk sama ada kepada individu berkenaan mahupun kepada masyarakat.

Di antara kesan kepada individu sebagaimana yang disebut Al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jaami' li Ahkaam al-Qur'aan akan menyebabkan seseorang itu merasa terhina, berdusta, mungkir janji dan lebih buruk lagi disekat daripada memasuki syurga.

Kesan kepada masyarakat pula ialah wujudnya keinginan kepada kepuasan segera tanpa memikirkan masa hadapan, menghakis rasa kebertanggungjawaban dan lemahnya pengagihan kekayaan.

Dari sudut hukum, hutang pada asalnya adalah harus. Namun status ini boleh berubah mengikut senario.

Hukum berhutang boleh menjadi wajib apabila niat berhutang tersebut untuk memenuhi keperluan asas yang dharuri yang jika tidak berhutang akan menyebabkan lima perkara asas yang dilindungi dalam Islam akan musnah iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.

Walaubagaimanapun, hukum berhutang ini boleh menjadi haram jika tujuan berhutang tersebut untuk perkara yang diharamkan oleh Islam.

Keharusan untuk berhutang dalam Islam bergantung kepada niat. Islam membenarkan berhutang pada keperluan-keperluan hidup yang asasi yang tidak dapat dielakkan. Ini bermakna kalau tiada keperluan maka tidak perlu berhutang.

Bila kita berhutang pada perkara yang tidak perlu dan belum sangat mendesak, sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. (Ustaz Amaluddin Mohd Napiah,www.galeriilmu.com.my)

Berhutang dibenarkan dalam Islam apabila ia menjadi satu keperluan dan bukan kerana keinginan atau kehendak. Untuk menentukan ia suatu keperluan atau kehendak maka memahami aulawiyat (keutamaan) dalam kehidupan adalah sangat penting.

Menurut Al Sheikh Dr. Yusof Al Qardawi memahami aulawiyat itu didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan.

Kehidupan manusia dewasa ini semakin mencabar dan keperluan hidup mereka juga semakin kompleks. Memahami dan menentukan keutamaan dalam kehidupan merupakan satu subjek yang sangat penting.

Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki. Tingkatan keperluan dalam kehidupan seseorang itu berkisar kepada perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori).

Perkara dharuriyyat adalah perkara yang sangat diperlukan dan jika tiada akan menghancurkan kehidupan. Untuk memahami tahap keperluan tersebut ialah dengan melihat jika perkara itu tidak ada maka adakah ia akan merosakkan lima perkara asas yang dijamin oleh Islam iaitu adakah akan merosakkan agama, menghilangkan nyawa, merosakkan akal, mencemarkan maruah (keturunan) atau memusnahkan harta benda.

Jika tidak sampai ke tahap sedemikian maka ia bukanlah suatu perkara yang sangat perlu.

Perkara hajiyyat adalah sekiranya perkara tersebut ada maka akan memudahkan seperti memiliki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Walaupun tiada kenderaan sendiri masih boleh pergi ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam tetapi jika mempunyai kenderaan sendiri maka akan lebih memudahkan.

Perkara tahsiniyyat pula lebih berbentuk perkara-perkara yang menjadi nilai tambah yang jika tidak ada tidak akan menghancurkan kehidupan atau menyusahkan. Seperti memiliki tempat tinggal ada satu keperluan dharuri tetapi kediaman yang dihiasi dengan landskap adalah bersifat tahsiniyat yang hanya menambah kecantikan kediaman itu sahaja.

Dengan membuat analisis terhadap tingkatan keperluan dalam hidup akan membantu seseorang itu membuat perancangan kewangan yang betul seterusnya dapat menentukan apakah keutamaan dalam hidupnya.

Beliau akan dapat menentukan apa yang perlu didahulukan, apa yang boleh ditangguhkan, apa yang lebih penting dan sebagainya.

Tip-tip oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) berikut mungkin dapat membantu lebih memahami apakah prinsip yang perlu dipatuhi apabila hendak membuat pinjaman atau berhutang. (www.akpk.org.my)

Anda hanya perlu meminjam untuk sesuatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya.

Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta (akan bincangkan hal ini kemudian).

Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik. Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalan biasa.

Ramai yang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal.

Namun, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan.

Elakkan meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai. Ini mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah orang tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti. Cuba dapatkan barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli.

Dewasa ini instrumen berhutang terbuka luas dan banyak ditawarkan dalam pasaran sama ada oleh institusi kewangan yang sah seperti bank mahupun oleh institusi yang tidak sah seperti 'ah long'.

Secara umumnya masyarakat hari ini banyak berhutang menerusi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan perumahan. Perlu disedari seluruh jenis pinjaman sama ada menerusi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan perumahan yang dilakukan secara konvensional adalah diharamkan oleh Islam sebagaimana yang disepakati oleh seluruh ulama.

Oleh itu, jika seseorang perlu berhutang maka hendaklah dia memastikan kaedah berhutang tersebut mengikut cara yang dibenarkan oleh Islam iaitu sama ada secara qard hasan (pinjaman tanpa faedah) atau menerusi fasiliti pembiayaan kewangan secara Islam yang berlandaskan jual beli yang sah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan Islam.

Hutang adalah satu kewajipan yang perlu dilangsaikan. Walaupun tidak dituntut, membayar hutang adalah wajib dan jangan menangguh-nangguhkan pembayaran balik hutang.

Sunday, November 15, 2009

gambar bah dan ramalan cuaca

Jabatan Meteorologi Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Ramalan Cuaca pada 15hb Nov 2009

Kembali ke:AtasPagiPetangMalamLautAngin

Pagi

Negeri/BahagianCuaca
Semenanjung
Selangor dan JohorHujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
Kelantan, Terengganu dan PahangHujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana.
Negeri-negeri lainMendung.
Sabah
Kudat dan SandakanHujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
Bahagian-bahagian lainTiada hujan.
Sarawak
Bintulu, Miri, Betong dan MukahHujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
Bahagian-bahagian lainMendung.
Kembali ke:Atas

Petang

Negeri/BahagianCuaca
Semenanjung
Melaka, N. Sembilan, Selangor, Perak, P.Pinang, Kedah dan PerlisRibut petir di beberapa tempat.
JohorHujan di beberapa tempat.
Negeri-negeri lainHujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.
Sabah
Pantai Barat, Sandakan dan PedalamanRibut petir di beberapa tempat.
Bahagian-bahagian lainHujan curah/sementara di satu dua tempat.
Sarawak
Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching, Samarahan, Betong dan MukahRibut petir di beberapa tempat.
Bahagian-bahagian lainRibut petir di satu dua tempat.
Kembali ke:Atas

Malam

Negeri/BahagianCuaca
Semenanjung
Johor, Perak, Kedah dan PerlisHujan di beberapa tempat.
Melaka, N. Sembilan, Selangor dan P.PinangHujan di satu dua tempat.
Negeri-negeri lainHujan sekejap-sekejap kadangkala lebat.
Sabah
Pantai Barat, WP Labuan dan PedalamanHujan di satu dua tempat.
Bahagian-bahagian lainTiada hujan.
Sarawak
Bintulu, Miri, Sibu, Sarikei, Kapit dan KuchingHujan di satu dua tempat.
Sri Aman, Samarahan, Betong dan MukahMendung.
Bahagian-bahagian lainTiada hujan.

Tuesday, November 10, 2009

bah di kuala nerang

7 november 2009 sekali lagi kawasan kuala nerang kena bah, kali ni kurang sikit dari tahun 2007, rumah mertuaku air naik lebih kurang 5 kaki...sekali lagi kami sekeluarga bermain dengan air....hujan hanya turun pada hari jumaat tapi pada malamnya tiada hujan tetapi air tetap naik sidikit demi sedikit sehingga ke 5 kaki........ apa natijahnyaa....apa kesalahan kita...mengapa kita botakkan bukit untuk isi poket tapi orang lain yang merana...mengapa tiada apa langkah diambil untuk mengatasi masalah banjir ini dan boleh katakan 2 tahun sekali terjadi.... nak harapkan bantuan makanan HAMPESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSs....tahun 2005 bah besar ada la jugak bantuan makanan.......2007 pun adaaaaaa.......2009 menatang apa habuk pun tak dak....bukan nak kata bila bah bantuan nak selalu......bukan macam tu...aku ada buat panggilan telefon kepada orang yang agak dihormati oleh pak cik dan mak cik yang lama lama....sembang dalam telefon pandaiii....kena ada pusat la apa la...cuba anda sendiri mengalami nasib seperti mana yang kami alami....cuba selami tengok bagaimana anda hendak menyelamatkan harta benda dan nyawa....(SEMBANG JANGAN BAGI ORANG BIMBANG)....kalau nak perlu pertolongan orang kampung lembut gigi dari lidah......bila orang kampung perlu bantuan semua dok jaga orang kanan dan kiri sahaja......ada kampung bantuan tiap tiap rumah sampai hat tak tengelam pun dapat....pusat pemindahan pun tak dak...apa namanya ni....KEPADA ORANG BESAR BESAR DAERAH PADANG TERAP KHUSUSNYA, KAMI TAK BUTA DAN KAMI PUN MENGAJI JUGAK, JANGAN HARAP SEMBANG SAJA PANDAI, HARAP DOK BOHONG ORANG KAMPUNG DENGAN PROGRAM CEPAT KAYA...SUDAHLAAAAAA.......kita sudah la mangsa banjir kena report polis dan kena BAYAR RM4......ni mangsa banjirrrr...dah nama pun mangsa kena bayar lagiiiiiiii....apa la salahnya wave charge tu ataupun claim pada JKM....susah sangat ka....kalau hujan berterusan apa la orang kampung yang menoreh nak makan? sebab tu karam sigh walia suka berkata kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan......tapi dalam bab bah ni ada benarnya kata kata karam sigh walia lagi TERBAKAR HUTAN NAMPAK ASAPNYA TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU.....

MUKADDIMAH

Assalamualaikum.....
Hari pertama aku menulis blog....terima kasih kepada anda yang membaca blog ini...blog ini akan berkisarkan kisah harian dah juga permasalahan yang ditimbul dalam masyarakat sekarang ini baik dari segi politik dan juga sosial.....aku dah lama ingin menulis bagi melahirkan apa yang terpendam dalam kesumat terhadap apa saja permasalahan yang timbul..............jadi kepada anda semua fikir fikirkan dan SELAMAT BERAMALLLLLLLL......